Wednesday, 8 July 2009

Cadangan untuk program Amal Bulan Puasa ini..

Cadangan (sahaja) untuk program kali ini kita memilih Rumah Anak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor. Urusan rasmi sedang dibuat untuk mendapatkan informasi serta persetujuan dari pihak rumah Budi Mulia tersebut.
Kepada rakan-rakan yang berkesempatan untuk turun sembang2 pada 15/07/09 ini diharap boleh memberi cadangan atau idea-idea bernas bagi urusan amal ini.
Pendapat & kehadiran anda di alu-alukan. Semoga program kita ini diberkati Allah.


Oleh itu, adapun anak yatim
maka janganlah Engkau
berlaku kasar terhadapnya,
"Treat not the orphan
with harshness"
(Qur’an 93:9)
p/s jika anda rasa ada tempat lain yang lebih 'memerlukan' harap dapat ketengahkan nanti..


Untuk sebarang pendapat/idea/ komen.. sila isi borang di SINI

Sunday, 5 July 2009

Sembang2 Amal 15/07/09

Keseronokan dunia tidak kekal lama, hanya ibadat dan doa dari anak2 yang soleh dapat melapangkan kubur kita di sana nanti. Sekali lagi saya dan beberapa rakan ingin mengadakan satu majlis meraikan anak-anak yatim sempena bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.

Perbincangan dari hati ke hati, tanpa perbezaan baju akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 15/07/2009 Rabu
Masa : 10.30 malam - 12.00mlm
Lokasi: Capati Korner Simpang Pulai.
Agenda:
1. Menetapkan rumah anak yatim yang akan dilawati
2. Susun atur majlis
3. Petugas-petugas.
4. Penderma-penderma.
5. Makanan & aktiviti lain
6. Lain2 hal.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Kemungkinan program ini akan di sokong oleh kelab2 bukan radio yang lain serta badan NGO.

Jumpa anda di sana nanti.

Durian oh Durian !


Selesai sudah satu program yang agak 'panas' kerana banyak durian telah dimakan meyebabkan badan jadi panas. Durian, bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, atau dengan pulut yang di'arun' dengan santan tapi boleh dicampur dengan air kopi pahit yang mana hasilnya adalah sama taraf dengan cappucino yang dijual di kiosk coffee bean. Abg derih IPT yg mengajor aku tu..
Pagi tadi aku tunggu-tunggu jugak rakan2 di frekuensi untuk bersama-sama bergerak ke lokasi, tapi apakan daya, masing-masing mungkin ada agenda tersendiri untuk tidak bersama ke kenduri durian tersebut.
Sesampainya aku disana disambut oleh 9W2ZAE, IPT, DUA dan adik beradik MBP yang telah berada disana awal2 lagi.. Tak tunggu dah rombongan basikal sampai, terus jer belasah durian yang ada depan mata tu.... ingatkan tak cukup, aku kira baru 5 bijik dihidangkan sudah nak mengalah semuanya...


p/s gambor cilok dari 9W2IPT ...aku tak bawak kamera...lain jelopy bawak hari ni...

Friday, 3 July 2009

Motor Pancit di Jambatan Pulau Pinang? Apa tindakan anda?




Bertitik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan dan akan bermula pada 1/7/09 yg lepas
Sila Hebahkan.


Dear all

Kindly be informed that Penang Bridge Sdn Bhd has introduced free tow services for motorcyclist who have a puncture tire on the Penang Bridge area with effective 1st July 2009. Please call 1300 1300 03 for an assistance if you face the puncture tire on the Penang Bridge.

The motorcycle will be towed to the nearest motorcycle workshop as follows :

1. From Penang to Prai – Seberang Jaya motorcycle workshop
2. From Prai to Penang – Gelugor or Batu Uban motorcycle workshop.

The services will only cover the transportation to the workshop but for the repair of the tire puncture will be borne by the motorcyclist himself. Attached below the poster of information from Penang Bridge on the tire puncture.

Kindly disseminate this information to your staff.

Tuesday, 30 June 2009

Pergerakan ke Kenduri Durian 9W2MPB 5/7/09

Tentatif pergerakan adalah seperti berikut:

9.00 pagi - Berkumpul di Stesen Mobil, Parit
9.15 pagi - Bergerak ke Manong (melalui Bota & Tepus)
9.45 pagi - Berkumpul di Depan Balai Polis Manong
10.00 pagi - Bergerak ke Suak Petai (Lokasi Kenduri)
10.15 pagi - Sampai di lokasi kenduri
Pergerakan balik - ikut masa sendiri
Frekuensi KONVOI - 144.990MHz
Frekuensi Kenduri - V22

Jadual ini bukan jadual rasmi Kelab VEE99, tetapi dibuat atas kapasiti individu sahaja. Kepada mereka yang ingin turut serta, bolehlah berjumpa dimana-mana lokasi seperti masa yang tertera. Kita tidak akan menunggu sebarang kelewatan kerana boleh ditunjukarah menggunakan komunikasi radio jika tersesat.

Harap dapat bertemu ramai rakan-rakan disana nanti.

Sunday, 28 June 2009

Kenduri Durian 5/7/2009 oleh 9W2MPB



Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita apalagi...tibai jerr.... Kecik tapak tangan, nyiru kita tadahkan.... sahaja memanjangkan jemputan rakan-rakan tambahan benda baik sebegini tak boleh kita abaikan dan mungkin dapat memanjangkan tali silatulrahim di daratan pula. Bagi mereka yang tidak ALERGIK dengan durian dan yang boleh menghabiskan durian 3-4 guni..sila-silakan lah. Untuk pengetahuan tuan-tuan...MANONG adalah terletak diantara jalan dari PARIT ke Kuala Kangsar..jangan terlajak sampai ke Penang dah la... hehhehe..

Sumber dari laman blog 9w2ipt.blogspot.com
Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).

Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;

Tarikh: 5hb Julai 2009
Jam : 10 pagi (sampai habis buah durian)
Tempat : Di Kediaman Ayahandanya
di kampung Suak Petai, Manong.

Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.

Friday, 26 June 2009

Walimatulurus 9W2IPH 28/6 - Pergerakan ke lokasi

Perbincangan dengan JOn 9W2MVA adalah seperti berikut:

Masa: 12.00 - 12.30 tghari
Lokasi: Mobil (Belakang TESCO EXTRA)
Frekuensi : 144.990MHz

Konvoi akan bergerak kerumah pengantin tepat jam 12.30tghari. Jika ada yang terlewat diharap dapat menggunakan radio untuk berkomunikasi.

Sekian dimaklumkan. Terimakasih.




p/s lukisan khat oleh 'awangpurba'